Assalamualaikum dan hai semua ... Sebelum aku mula postkan isi kandungan blog ni dan lain2, aku nak menceritakan sedikit sebanyak tentang diri aku, bak kata pepatah melayu tak kenal maka tak cinta, ni nak kasi kenal sikit untuk korang jatuh cinta. Ehh... poyo pulak haha.
Nama diberi Mohamad Asyraf bin Hazli tapi dari kecik memang digelar sebagai yap. Tak tau kenapa panggil yap, mungkin ade rupa ala-ala chinese gitu kott. Umur aku 20 tahun dan aku tak sangka dah masuk umur 20-an, rase macam muda bergaye je lagi.. hihi. Tempat tinggal di Teluk Intan, Perak (The Boss Gaurus)
Nak citer sikit pasal latar belakang belajar... Pelajaran aku bermula dirumah. Dulunya aku tadika di Tadika Putera Puteriku, Teluk Intan. Ade tak geng yg tadika sama ? Sekolah rendah aku belajar di SK Sultan Abdul Aziz dan sekolah menengah di SMK Sultan Abdul Aziz... Macam noob je kan dari kecik sampai besar sekolah sama je haha. Zaman sekolah aku menceburi dalam bidang sains tulen, tapi masuk je zaman matriks semua nya bertukar kepada aliran perakaunan. Ni semua disebabkan pengaruh rakan sebaya yg nak tukar aliran jugak. Zaman matriks aku belajar di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK).
Lepas menjadi graduan matrikulasi, Alhamdulillah kini aku dapat menjejak kan kaki sebagai pelajar universiti di Universiti Kebanggaan Malaysia (UKM) Bangi. A143186 menceburi dalam bidang ekonomi di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan tinggal di Kolej Pendeta Za'ba. Itu saje lah sedikit sebanyak tentang diri saye, nanti kite sambung dalam post yang seterusnya.... Insya Allah.

No comments:
Post a Comment