Tuesday, 29 April 2014

Kem Bakat

     Aku suka sangat kalau dapat pergi camping sebab dapat kenal kawan baru, pengalaman baru dan yang paling penting kenal awek baru haha. Kem bakat ni sebenarnya tak macam kem yang duduk hutan tu, tapi duduk hotel dan tujuan utama kem ni untuk mengasah bakat pemain-pemain boling yang sedia ada dan aku sebenarnya adalah seorang pemain boling yang agak aktif suatu ketika dulu.
 
    Kem bakat yang aku pergi ni adalah pada tahun 2005 dan umur aku darjah 5. Biasa lah ketika itu aku masih budak kememe yang kuat nangis dan kena buli. Aku bukan nak cerita pasal kisah aku kena buli dekat sana, tapi aku nak cerita pasal perempuan yang aku dok usha masa dekat kem tu. Aku dapat usha je lah masa tu, yelah masa tu mana lah layak aku dengan wanita yang macam tu.
       Tapi mungkin takdir kami berjumpa di Kolej Matrikulasi Perak. Tak tau macam mana akhirnya kami berdua bercinta dan berpisah dia akhir zaman matrikulasi kami, mungkin masing-masing ingin fokus dengan kerjaya.

      
     Sesungguhnya takdir Allah tu memang hebat, kami bertemu kembali di universiti yang sama, fakulti yang sama, dan kolej yang sama. Perasaan yang dulu telah datang kembali, tapi tak lama hanya buat beberapa bulan sahaja. Akhirnya kami berdua menjadi kawan baik sahaja. Jika jodoh itu milik kami, aku terima nya dengan hati terbuka dan jika tidak aku terima nya dengan redha. Ajal maut, jodoh pertemuan semua nya ditentukan Allah. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal

Sunday, 20 April 2014

Terbakar

        Aduhh... Panas!! Panas !!! Tolong aku terbakar, tolong lah aku kepanasan.... kata-kata yang diluahkan oleh hutan UKM yang kebakaran sebulan lepas disebabkan kemarau yang teruk. Semasa kebakaran aku ada di tempat kejadian, itu adalah kali pertama aku melihat kebakaran hutan yang besar di depan mata aku. Biasa lah macam budak kecik nampak bangunan yang cantik, jakun sikit lah masa tu.

Lihatlah wajah gembira budak kecik yang lihat bangunan yang cantik.

          Hari kebakaran ini merupakan hari yang aku ingat disebabkan berlakunya beberapa peristiwa lain dalam seharian tersebut. Pada hari yang sama juga aku bersama 2 orang kawan ku terlibat dalam satu kemalangan motosikal disebabkan kabus asap kebakaran yang terlalu tebal. Kemalangan tersebut telah meragut dua nyawa.

Sahabat ku Fitri Ramli
Acap dalam rawatan di bilik ICU.

Diriku dalam keadaan kritikal, koma 15 hari. 

       Apa yang berlaku dalam hidup kita ni semua nya tak dapat dijangka. Ajal maut dan jodoh pertemuan semua nya di tangan Allah swt. Mungkin harini kita seronok dengan kejayaan kita tapi mungkin hari esok kita akan jatuh jugak. Jadi sebelum berbangga dengan apa yang kita ada, ucaplah alhamdulillah. Bukan nya sukar kerna semua nak kaya atau besar, tetap Allahu akbar.

Monday, 7 April 2014

JATUH

       "Jatuh dan bangun semula". Kata-kata macam ni sering kita dengar untuk memotivasikan diri supaya tidak terus mengalah. Tapi apa yang jadi dekat aku ni satu perkara yang negatif daripada ayat motivasi yang dinyatakan di permulaan cerita tadi.
   
    Zaman kanak-kanak aku adalah seorang yang sangat buas, di kepala aku ade lebih dari 3 parut dan 3 dari nya ada kesan jahitan. Pertama, parut yang ade di sebalik rambut aku terkena semasa umur aku 2 tahun disebabkan bermain dengan kalender dan terkena dihujung besi kalender tersebut.

         Kedua, parut yang ada di tengah-tengah dahi aku disebabkan bermain dekat longkang besar dan jatuh kedalam longkang tersebut pada umur 7 tahun. Hasil nya ada 14 jahitan kat situ. Ketiga, parut di sebelah kanan dahi aku disebabkan jatuh terkena bucu katil semasa bermain hantu-hantu dengan abang aku pada umur 9 tahun. Tahukah anda apa itu permainan hantu-hantu ? Ia suatu permainan yang seperti main kejar-kejar tetapi kejar dengan bertutup kan selimut dan bermain di dalam sebuah bilik. Dalam keadaan bertutup selimut dan tidak nampak, aku terus terjatuh ke bucu katil dan hasil nya 4 jahitan, kalau tak kena 12 jahitan tapi semasa proses menjahit tu aku meronta-ronta dan akhirnya doktor lepaskan aku dengan 4 jahitan, yeahh.
   
        Itu lah kali terakhir aku jatuh cedera fizikal, konklusinya belajarlah dari kesilapan lalu. Parut yang lama akan berulang kembali jika tidak mengambil iktibar dari kisah silam. Sebab tu lah sejarah negara tu penting untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali dari dijajah musuh. Sekian, itu saje lah cerita ni. Assalamualaikum....

RAPUH

    Assalamualaikum semua, ni nak habaq kat semua sat. Aku ni seorang yang rapuh kalau korang nak tau. Ape benda yang rapuh pasal diri aku ni ? Aku rapuh bila nak cakap atau present dekat depan orang ramai, tak tau kenapa goyang lutut sangat bila nak cakap kat orang ramai. Aku nak tau sangat ape rahsia mereka yang berjaya boleh cakap tanpa text sehingga berjam2 di depan. Mari kita tengok apa kata pakar...



1. Buat Homework
Ini sangat penting. Sebelum kita nak bercakap atau buat presentation depan audiens, make sure kita buat homework dengan cara mengkaji latar belakang event serta audeins kita. Bila kita dah buat homework, maksudnya kita dah ada pengetahuan mengenai event tu. Contohnya kita jadi pengacara untuk sesuatu majlis, kita kena pastikan apa tujuan majlis tu. Siapa VIP yang dijemput dan macam mana perjalanan majlis tu. Kalau melibatkan event yang berprotokol, pastikan nama VVIP disebut dengan gelaran yang betul dan disusun mengikut aturannya. Jangan sekali-kali kita cuba untuk bercakap secara spontan melainkan kita dah benar-benar expert. Lagipun bila kita bersedia, secara tak langsung confident level kita akan meningkat dan menunjukkan kesungguhan kita.


2. Practice Make Perfect
Jangan abaikan perkara ni tau. Sangat penting. Latihan akan membuatkan kita biasa dengan skrip yang kita nak cakap tu. Bila kita dah biasa dengan skrip tu, kita boleh hafal skrip tu lama-lama. Dan kita juga akan dapat detect kesalahan dalam skrip tu bila kita buat latihan. Dengan latihan tu jugak, kita boleh sesuaikan nada dan intonasi kita dalam persembahan. Bila persembahan smooth, confident akan naik jugak. Ada tips yang kata, kita boleh berlatih bercakap di hadapan cermin. Pada aku, tu semua ikut kesesuaian diri kita. Aku tak pernah bercakap depan cermin malahan aku sangat malu bila ahli keluarga aku tengok sesi latihan. Jadi cara aku, aku akan duduk dalam bilik. Kunci pintu dan berlatih lah satu hari suntuk!


3. Kimia
Kimia dalam bab ni merupakan kimia antara kita dan partner juga kimia antara kita dan audiens. Untuk jadi seorang presenter yang baik, hubungan sesama mereka yang terlibat sangat penting lebih-lebih dengan penonton. Dalam part ni, penggunaan eye contact dan body language boleh membantu. Macam aku, mula-mula dulu memang lah aku takut dan malu sangat nak tengok mata orang a.k.a audiens aku sebab aku takut terlupa teks, sikit tips nak bagi bila macam tu aku akan pandang dinding di bahagian belakang dewan tu. Jadi orang akan nampak seolah-olah kita pandang audiens. Tapi bila semakin hari confident dah ada, aku berani lah tenung mata sorang-sorang. Sampai juri pun aku tenung! hahahah....




4. Awasi pemakanan dan aktiviti sebelum berucap
Mengambil contoh diri aku sendiri, kebiasaannya beberapa hari sebelum aku bercakap di khalayak ramai, aku akan mengawal pemakanan aku. Aku tak akan ambil makanan yang terlalu berminyak, kekacang dan makanan yang terlalu pedas. Perkara ni boleh membantu aku untuk menjaga suara supaya tidak serak, tersekat-sekat mahupun takde suara langsung pada hari kejadian. Beberapa jam sebelum bercakap, aku tak galakkan sangat untuk makan terlalu kenyang. Sebab, bila kenyang tumpuan kita akan kurang dan dikhuatiri kalau kita sakit perut nanti. Malahan, aktiviti kita juga perlu dikawal. Jangan buat aktiviti yang terlalu berat dan memenatkan. Bila kita penat, nafas kita akan tercungap-cungap dan menyukarkan kita untuk bercakap. Aku lebih suka ambil air kosong dan makan beberapa potong kuih sebagai alas perut dan penambah stamina. Terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh. Biasanya, kalau pengacara majlis ni kan kena cakap straight sampai 2-3 jam majlis.


5. Jangan panik
Tips ni sangat penting! Memang tak dinafikan, kadang-kala pasti ada kesilapan mahupun perubahan di saat-saat akhir tak pun, kita terlupa teks sendiri. Nasihat aku, cuba kurangkan panik korang. Jangan menggelabah tak tentu pasal. Dan sekiranya masalah tu memerlukan bantuan pihak lain, anda perlu sabar dan bercakap secara spontan kepada audiens. Tarik nafas panjang-panjang dan senyum kepada audiens. Jangan malu untuk memohon maaf sekiranya masalah itu menimbulkan ketidak selesaan kepada audiens dan cuba cari back up plan sebelum majlis bermula. Jangan terlalu bergantung pada tentatif program yang ada semata-mata. Kena kreatif sikit kan... Bila korang kurang panik, korang tak akan lari fokus dan darah gemuruh tak akan naik mendadak. Bila macam tu, Insya-Allah semua perkara akan berjalan lancar kembali.

-Petikan dari blog coklateyes

Merajuk

         Merajuk... Sedih jugak lah cerita pasal merajuk ni. Bagi aku sedih sebab aku ni mangsa keadaan tapi bagi para pembaca sekalian mungkin takde effect kott. Zaman sekolah saya sering ditindas, kena kutuk sana sini, kena pukul hari-hari. Jadi nak dibuat cerita saya merajuk dengan semua budak-budak sekolah saya.

        Saya dibuli dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 di sekolah menengah. Waktu dibuli saya sering menangis dan lari dari pembuli. Disebabkan hari-hari dikejar dan dipukul dan secara tak langsung hari-hari saya lari dan panjat bangunan sekolah untuk elak dari dibuli. Sampai satu hari takde orang dalam sekolah yang dapat mengejar saya disebabkan kelajuan larian yang sangat istimewa (kisah benar ni). Di akhir tingkatan 3, saya fokus dengan memanjat bangunan atau masa itu saya lebih dikenali dengan Le parkour iaitu kemahiran panjat dan terjun bangunan.

      Pada awal tingkatan 4, budak-budak ragbi mula nak recruit saya dalam team mereka disebabkan kelajuan larian saya. Semasa menjadi pemain ragbi saya ditempatkan di winger blind side. Tapi tak tau kenapa saya sudah lupa diri, lepas menjadi pemain ragbi saya pulak yang membuli orang lain dan mereka pula yang merajuk.

Thursday, 3 April 2014

Move On

    Aku rasa macam nak give up dah,  aku rasa macam nak berhenti pengajian aku di UKM ni. Sebelum aku mulakan cerita nak bagi tahu yang ni adalah kisah benar tentang diri aku. Kenapa aku tertekan ? Semuanya disebabkan seorang lecturer di FEP yang mungkin aku tak suka. Ni bukan cerita pasal lecturer aplikasi komputer tapi lecturer aku pada semester 1 dahulu (subjek dirahsiakan).
     
        Pada kelas pertama bersama lecturer tersebut aku rase semangat sangat sebab tu adalah antara subjek kegemaran aku. Tapi setelah belajar, aku hanya mampu bertahan 20 minit sahaja mungkin sebab cara mengajar tak menarik kot. Semakin lama aku pun mula tidak menghadiri kelas nya selang demi selang. Bukan aku sahaja yang terlibat tapi termasuk separuh lagi pelajar di kelas tersebut.

        Yes, aku mengaku itu semua salah aku. Tapi kenapa lecturer tu kejam sangat sampai tak bagi apa-apa amaran. Dalam tak sedar, surat larangan masuk peperiksaan akhir sampai ke kolej ku. Ini bukan sahaja berlaku pada diri aku seorang tetapi pada classmate aku dan senior aku pada badge-badge lepas jugak. Mungkin benda nampak biasa, tapi bayangkan subjek tu wajib gred atas C- untuk lepaskan diri aku untuk dapatkan subjek yang aku minati pada tahun 2. Surat larangan tu aku dapat seminggu sebelum peperiksaan akhir. Disebabkan satu subjek, hancur study aku untuk exam subjek yang lain.

      Tapi itu semua silap aku, benda dah lepas nak buat macam mana. Jadi, aku perlu lebih berusaha untuk semester yang selanjutnya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memaafkan umat nya, jadi aku juga sudah maafkan lecturer tersebut dan maafkan semua orang yang pernah berdosa dengan ku. Mengampunkan orang lain itu kan sunnah, jadi aku rasa lebih baik untuk terus move on dengan jalan yang terbaik iaitu jalan yang diredhai Allah SWT. Insha Allah....