Monday, 9 June 2014

Epilog ?

       Ehh... dah sampai epilog dah ? Bak kata sir Azzwan... epilog ni post yg terakhir untuk pngambilan markah untuk blog, sedih wehh... Lepas ni takde lagi kelas aplikasi komputer, bersama rakan2 dan lecturer paling sempoi dalam dunia... ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Kelas terakhir haritu sir buat muka sedih je buat aku lagi sedih, rase bersalah je nak tinggal kan kelas haritu. Poyo pulak sir ritu ..hehehe..huhuh



   
        Ini mungkin post terakhir aku dan mungkin jugak kalau aku bosan2 boleh tulis lagi banyak2 kat dalam ni, kite tngok je lah nti. Mungkin kalau ade pngalaman yg lagi menarik nti aku tulis kat sini. Mungkin satu hari aku jadi Perdana Menteri Malaysia aku akan tulis kat sini gak. Atau mungkin nti aku buat blog baru yg lebih menarik dari ni. Tunggu je lah ape yg akan jadi nti.

         Aku ingin mengambil kesempatan ni untuk meminta maaf kepada korang2 yg ade bace blog aku yg tak seberapa ni. Aku ingin meminta maaf jika sebelum2 ni aku ade terkasar bahasa, terlanjur kata, mencarut tak kena, terpukul kat mana2 kepada korang semua. Bak kata pepatah 'sedang kan nabi sendiri mengampunkan umat nya ini kan kita hamba yang hina'. Dan jngan risau aku maaf kan korang semua dan aku akan doa kan kejayaan korang dunia akhirat.





 
           Kepada Sir Azzwan, saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika saya ade tersilap dekat mana2. Saya ingin minta halal kan makan minum dan yg paling penting ilmu yg telah sir sampaikan. Harap sir doa kan kejayaan kami semua dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini dan doa kan kejayaan kami dunia dan akhirat. Don't worry sir, sir memang lecturer yg terbaik dalam Malaysia mungkin dunia jugak kott.

       Itu saje dari saye, Sekian terima kasih....




Mohamad Asyraf bin Hazli
A143186
Fakulti Ekonomi & Pengurusan
yap_gempak@yahoo.com

Friday, 6 June 2014

Kerisauan !!

        Risau nye lahh, aku boleh main2 lagi... Final exam dah dekat tapi boleh lagi nak enjoy sana sini. Midnight main Call of Duty sampai pukul 5-6 pagi, lepas subuh terus tidur sampai tengah hari pastu gi makan badan dah ngantuk. Petang gi main squasy, kadang gi swimming kat Danau. Malam sembang dan lepak2. Cegitu lahh kehidupan harian aku time study week ni. Nama je study week tapi entah bila lah study nye.

          Aku pun tak tahu bila aku nak sedar lagi ?? Tak cukup ke dengan result semester 1 yg teruk ?? Please lahh yap, kau tu dah dekat universiti... bukan nya sekolah lagi. Dekat sekolah dulu takpe, kau tak study tapi mber2 kau pun semua tak study... Tapi dekat sini lain, aku jadi orang yg paling lemah. Dalam kelas tidur, luar kelas tak penah nak study. Jadi macam mana nak berjaya ??


            
             Aku kian risau sebab skarang dah macam impossible nak cover semua chapter n semua subject untuk final exam ni. Dah macam tu pun sempat lagi nak tulis blog ni, konon nye tulis ni untuk bagi naik semangat lah yap. Kemon lahh yap, cari motivation lain lah kalau nak maju. Lihat orang skeliling kau, kau skarang yg trendah tau. Kau datang sini untuk jadi yg terbaik, untuk buat ibu bapa kau berbangga dengan kau tau. Untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, bukan nya datang untuk berparty dan enjoy manjang. Beringat lah yap !!

Thursday, 5 June 2014

Change

        Sekejap je masa berlalu, tau2 dah final exam untuk semester2 aku sebagai pra-siswazah di kampus UKM Bangi ni. Tup tup dah nak habis first year aku kat sini. Yea tak lama lagi jadi senior, boleh buli junior haha. Baru satu tahun aku kat sini tapi rasa dah macam2 aku blajar dari pengalaman sepanjang aku kat UKM ni. Walaupun begitu, still banyak lagi yg perlu aku blajar dan yg perlu aku perbaiki tentang diri aku ni. Nak final exam ni pun still tak ready lagi, buat masa ni baru habis study math. Ada lagi Aplikasi Komputer, Mikro, Akaun, ngan Academic Communication. Nasib baik semester ni banyak subjek yg takde final exam, kalau tak lagi gila aku nak bahagikan masa untuk study.
        
           Mungkin tu lah yg aku cuba nak perbaiki diri aku skarang, aku masih tak matang dalam membahagikan masa. Study mid-night, malam tu bukan nye nak study dulu tapi lepak je yang lebih. Bak kata pepatah 'Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Personaliti aku yg kurang matang ni kadang membawa kepada keburukan, jadi aku membuat keputusan untuk mengubahnya kepada yang lebih baik. 




          Barrack Obama pernah berkata ' Change to a Better' yg bermaksud perubahan yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik. Bagi aku perkataan tu sangat bermakna, jika itu adalah perkara yg baik jadi apa salah nya kita nak ke arah situ ye dak ? Jadi aku harap semangat ini bukan sahaja hangat2 tahi ayam dalam diri aku ni. Insya Allah....