Wednesday, 14 May 2014

SAFN Technology

         Nama besar bakal muncul di pasaran perniagaan pada masa akan datang iaitu SAFN Technology. Hahaha padahal baru menang untuk jadi wakil set je. SAFN Technology ni lah nama syarikat kami dalam pembentangan CESMED yang lepas. Kami hanya bentang kan yang terbaik saje. Tidak terfikir pula nak jadi wakil set untuk dibentangkan di Dewan Anuwar Mahmud. Alhamdulillah semua ini rezeki yang Allah bagi dan kita hanya mampu bersyukur dengan nikmat nya.
   
     Wakil bagi setiap set akan bertanding pada hari jumaat depan untuk merebut tempat bagi menjadi wakil fakulti kami iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Produk dan konsep yang bakal dibentangkan oleh kami dirahsiakan kerana mungkin ada pesaing yang membaca post yang aku tulis ini. Jika diberi peluang untuk membentangkannya di pentas DECTAR, insya Allah kami akan buat yang lebih terbaik dari sebelum ini.

Dari kiri (mamu, shahir, mirul, yapin, uban, naj)

                   Sebenarnya cita-cita aku sendiri pun ingin membuat syarikat aku sendiri, tak kisah lah sama ada perseorangan ataupun perkongsian. Orang kata nak bukak bisnes ni kena amik risiko, takut tak berjaya dan dapat rugi. Tidak ! bagi aku 'Those are afraid of failure are afraid to learn and grow'. Dengan harapan satu hari nanti kami akan membuka dan menguruskan syarikat kami. Insya Allah....

Monday, 12 May 2014

Lakonan dan Pembentangan

            Pergh... bulan ni memang banyak kerja lah brader. Aku rasa bulan ni sahaja ada satu lakonan dan 4 pembentangan. Pertama aku berlakon untuk dinner Zaba iaitu Magiz di mana aku ada ceritakan nya di post aku yang sebelum ini. Kedua, aku ada pembentangan Asas Keusahawanan iaitu subjek CESMED, pembentangan tu berlangsung pada hari ini. Wish me luck :D . Kemudian aku kena buat pembentangan untuk subjek Pembangunan Diri II, untuk pembentangan yang ni nampak nya macam aku kena buat seorang diri je sebab ahli kumpulan aku merajuk atas sebab aku tidak hadir semasa pembentangan poster kerana keadaan ku yang demam pada masa itu.

            Seterusnya aku perlu membuat pembentangan untuk subjek aplikasi komputer, untuk pembentangan ni memang banyak kerjasama yang hebat dari ahli kumpulan aku. Dan akhir sekali aku perlu membuat pembentangan untuk business communication. 





             Apa yang menarik tentang bulan ini aku banyak belajar dari semua pembentangan ini. Aku belajar untuk jadi lebih matang, dan aku boleh perbaiki cara aku bercakap dengan orang ramai secara tak langsung tidak kira dari segi percakapan dan juga dari segi gerakan tubuh. Apa-apa pun ini lah sebabnya aku masuk ke universiti iaitu untuk menimba pengalaman dan ilmu supaya aku menjadi orang yang mempunyai masa depan yang cerah, Insya Allah.......

Saturday, 10 May 2014

Kapreza '14

        Karnival Premier Zaba atau dengan nama lain nya adalah Kapreza iaitu hari keluarga Kolej Pendeta Zaba dan juga tradisi bagi setiap tahun untuk meraikan karnival ini secara besar-besaran. Ia juga adalah event terbesar yang dianjurkan oleh Kolej Pendeta Zaba Universiti Kebangsaan Malaysia setiap tahun.
     
         Apa yang menarik untuk Kapreza '14 kali ini ? Konsert penutup yang diadakan untuk kali ini diadakan secara grand dengan jemputan artis-artis seperti Suki, Azri AF, Vince, Awie Rafael dan juga Altimet. Jutaan terima kasih kepada sponsor terbesar iaitu IM4U atas persembahan malam penutup yang begitu gempak... Pergh, mari kita layan video ini.....


Kredit to IM4U

            Kapreza '14 juga ada diselitkan program-program gempak yang lain seperti Cuci-cuci Kapreza, Explorace Zaba, Battlefield, AutoShow, Malam Dambakan Cinta Rasulullah, Horse for Fun dan banyak lagi sampai aku pun tak dapat nak ingat. Walaupun aku tak terlibat di dalam Kapreza '14 secara langsung, tapi tetap semangat kolej ade dalam diri aku dan aku tetap membantu dalam program-program yang telah diadakan.



Sukan Squash

         Sebelum ini aku tak pernah kenal apa itu squash sehingga aku masuk matrikulasi. Dari kecil aku tak pernah sentuh pun sama ada racket badminton atau squash. Sehingga selepas habis SPM baru lah ade seorang kawan aku mengajak aku untuk bermain sukan badminton. Sejak dari peristiwa tersebut aku terus berminat dengan sukan yang menggunakan racket dan akhirnya aku meninggalkan boling dan ragbi.


     



                  Bila masuk matrikulasi, di situ aku kali pertama bermain squash dan salah seorang lecturer biologi di sana mengajar saya untuk bermain squash. Akhirnya tidak ku sangka walaupun sebagai seorang pemain baru dalam bidang ini, aku telah terpilih sebagai wakil matrikulasi bagi pertandingan KAKOM di mana perlawanan antara matrikulasi.




            Di Malaysia, kita ada seorang pemain squash terbaik dunia seperti yang semua orang kenal iaitu Nicole David. Tetapi masalah yang dihadapi kita kini ialah sukan squash tidak dapat dimasukkan atau dipertandingkan di kejohanan Olympic. Saya memohon ramai lagi daripada kita semua yang support sukan squash supaya dapat dipertandingkan di kejohanan Olympic sekaligus menaikkan nama baik negara kita iaitu Malaysia.




Teluk Anson

       Teluk Intan adalah kampung halaman aku dimana aku dibesarkan dari kecil sehingga dewasa di situ. Hari ini aku ingin menulis tentang Teluk Intan kerana aku sudah mula merasa rindu untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi tidak kesampaian atas sebab assignment dan project yang sangat banyak. Tajuk aku Teluk Anson tetapi bila aku cerita tentang Teluk Intan. Sebenarnya Teluk Anson adalah nama sebelum pemberian nama Teluk Intan dan nama Teluk Anson adalah dari nama Sir Archibald Edward Harbourd Anson dimana beliau adalah salah seorang pegawai British pada masa itu.
        Bila cakap pasal Teluk Intan kebanyakan orang mesti akan fikir pasal Menara Condong. Menara condong terkenal disebabkan ia adalah menara kedua yang tercondong di dunia selepas Menara Pisa. Hebat bukan ? Malaysia bukan sahaja mempunyai bangunan kedua tertinggi di dunia malah kedua tercondong di dunia dan ia terletak di pekan kecil yang bernama Teluk Intan.


Menara Condong, Teluk Intan.

               Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa menara ini menjadi condong. Haaa kepada yang belum pegi mai nak cerita sikit. Pada zaman dahulu Menara Condong dijadikan sebagai tangki air utama untuk kegunaan rakyat setempat. Tetapi berlaku nya banjir di Teluk Intan dan ia menjadi condong disebabkan tangki air di tingkat atas sekali yang terlalu berat dengan struktur tanah yang lembik pada waktu banjir tersebut.
               Baru-baru ini  ahli Parlimen Teluk Intan telah meninggalkan kan kita pada 5 Mei yang lepas. Nasib baik lah umur aku belum sampai 21 tahun lagi, kalau tak mesti kena ambil masa untuk balik mengundi. Teluk Intan juga terkenal dengan kediaman Raja Bomoh. Hah sial lah, aku rasa dia hanya memalukan nama Teluk Intan dengan perbuatan khurafat dia tu.

Magiz

         Apa itu magiz ? Magiz adalah dinner tahunan bagi Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa kena mengena Magiz dengan kehidupan sunti aku ini ? Aku adalah bakal pelakon utama bagi teater yang akan dilangsungkan di Dectar untuk bahagian persembahan Magiz pada 21 May 2014 ini. Sebenarnya aku sendiri pun terpaksa untuk masuk dalam lakonan teater ini. Yelah, dengan assignment yang belambak serta akademik yang masih ketinggalan ini mestilah buat dengan tak rela.
     
          Pada mula nya kami dalam bahagian teater patut mempersembahkan lakonan ala-ala silap mata. Tetapi berlaku kesalah fahaman antara director dan pengarah persembahan sendiri. Setelah latihan lakonan yang hampir sempurna, tiba-tiba perlu diubah secara keseluruhan tema lakonan kepada yang lebih magical.

Dunia khayalan dunia impian....

     Ini adalah kali pertama aku melakonkan cerita tentang keajaiban, macam cartoon2 gitu. Tak tau lah macam mana hasil nya, harap semua orang akan terhibur dan memberikan sokongan penuh. Dengan semua masalah yang aku hadapi ini harap aku dapat membahagikan masa dengan sempurna.


Friday, 9 May 2014

Perlumbaan Kapal Terbang di Putrajaya

       Sebenarnya tajuk aku untuk kali ni adalah Red Bull Air Race, tapi kalau aku tulis dengan nama tu setiap kali orang search akan keluar blog aku. Jadi better low profile je lah tak perlu satu dunia tengok blog aku. Red Bull Air Race akan berlangsung di 6 buah negara seperti UAE, Poland, Australia, USA, China dan Malaysia. Ia akan berlangsung di Putrajaya, Malaysia pada 17-18 May 2014. Apa yang paling menarik ialah ia julung kali diadakan di Malaysia. First in Malaysia bro, siapa yang tak nak pergi tengok ? Tambah lagi Bangi ngan Putrajaya tak sampai 15 minit kalau nak pergi.
       Sejak pertama kali aku tengok iklan dia terus aku berazam dan tekad nak pergi ke sana bersama kawan-kawan aku. Lagipun semua program besar kat putrajaya tu kitorang pergi jugak. Tapi tak tau kali ni aku excited sangat nak tengok.



Dia masuk bawah jambatan Putrajaya lah beb !!

       Haha macam jakun kan aku kali ini ? Memang lah, aku tak pernah tengok kott... mesti lah jakun. Aku rasa korang yang membaca ni pun patut pergi. Bukan kali ni bila lagi ? Tapi malang sekali aku sendiri tak tau dapat pergi ke tak. Nanti kena belakon untuk dinner Zaba, mungkin takde masa kott nak pergi. Korang sape yang pergi share sikit tau gamba kat aku haha. 


      Aku sebenarnya bukan nak gamba semata, sebab gambar dari internet boleh dapat. Share feeling sudah lah hihi. Dan aku tak kan jealous lah kalau sesiapa yang nak menunjuk kat aku tu haha.



Saturday, 3 May 2014

Sendirian Ku di Kolej

     Hujung minggu ini hanya tinggal aku keseorangan tanpa teman gelak tawa suka dan duka. Kawan-kawan aku semua nya pergi camping di Perak dan tinggalkan aku sendirian di sini. Aras bawah blok G1 Kolej Pendeta Zaba melalui suasana yang sangat sunyi dengan meninggalkan aku sendiri.

     Aku suka pergi camping tapi sangat tak suka bila ditinggalkan sendirian tidak mengikut ke camping bersama. Walaupun begitu, aku tumpang gembira buat rakan-rakan ku yang pergi ke Perak buat masa kini. Kelihatan mereka sangat gembira atas gambar yang dikongsi bersama di dalam group whatsapp kami.







        Walaupun aku tak pergi bersama kawan-kawan aku, tapi aku tahu mereka tetap cemburu dengan aku. Mereka patut cemburu kerana assignment aku semuanya dapat disiapkan dalam masa mereka ke camping, tapi mereka tetap mempunyai assignment yang masih belum diselesaikan. Setiap jalan yang kita pilih pasti ada kebaikan nya. Just think positive...

Friday, 2 May 2014

3 Tahun Lagi

        Percaya atau tidak, kita ada masa 3 tahun sahaja lagi untuk bersedia atas iman kita. Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan telah mengeluarkan kenyataan Dajjal mungkin akan keluar dalam 3 tahun lagi. Allahualam. Boleh jadi ini adalah benar kerana semua bukti tentang kiamat telah ditulis didalam Al-Quran. Jika diikutkan atas ape yang telah dinyatakan oleh Ustaz Muhammad Fawwaz tahun ini seolah-olah tahun pertama daripada 3 tahun sebelum kedatangan Dajjal ke muka bumi ini. Di sebabkan isu air yang kian meruncing dengan catuan air di seluruh tempat kecuali Kolej Pendeta Zaba hihi, tahun ini dianggap sebagai tahun pertama daripada 3 tahun tersebut. Apa kata kita lihat video dibawah untuk penerangan yang lebih lanjut dari Ustaz Muhammad Fawwaz sendiri.



         Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa supaya kita tidak berada di dalam golongan yang terjeratat dengan fitnah Dajjal. Sama ada kenyataan ini adalah benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Jika kenyataan ini tidak benar sekali pun kita seharusnya sentiasa terus menerus usaha atas iman kita kerana mati itu adalah pasti. Kita tak tahu mungkin hari ini dan mungkin esok kita akan mati. Segala amalan kita di dunia akan dipertimbangkan kelak. InsyaAllah kita akan meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bersama. Allahualam.....

Port Dickson

      Bila cakap aktiviti budak-budak UKM mesti selalunya terkenal dengan Bukit Broga atau Port Dickson. Aku nak cerita pasal Port Dickson sebab aku tak penah sampai lagi Bukit Broga. Aku pergi bercuti di Port Dickson dari seminggu selepas Minggu Mesra Pelajar lagi. Semasa itu aku adalah salah seorang ahli Kelab Sahabat Aqsa (KSA) dan aku pergi ke Port Dickson melalui KSA itu sendiri.
       Jujur aku cakap itu adalah kali pertama aku pergi mandi pantai bukan dengan keluarga aku sendiri. Selalunya kalau aktiviti dengan kawan-kawan tu pergi ke Sunway Lagoon, Lost World of Tambun dan Langkawi. Ia adalah pengalaman yang agak menyeronokkan kerana dari situ baru aku tahu Port Dickson sentiasa dipenuhi dengan mat rempit. Serius aku fuck gila mat rempit.

   

            Apa yang paling best ada seorang brader KSA ni belanja semua orang naik banana boat. Selalunya semua kena bayar, tapi kali ni aku dapat naik free of charge haha. Ada jugak aktiviti lain yang kami buat seperti galah panjang, main bola dan lain-lain. Tapi yang pasti KSA tidak akan buat aktiviti yang sia-sia sahaja. Niat sebenar mereka adalah untuk merapatkan ukhwah antara umat Islam. Aku harap satu hari nanti umat Islam di seluruh dunia ini akan bergabung berganding bahu untuk menentang musuh-musuh Islam. InsyaAllah....

Thursday, 1 May 2014

Bayaran Yuran Pengajian

         Alamak... yuran tak bayar lagi, kawan-kawan aku semua dah bayar. Tak bayar yuran tak boleh daftar subjek untuk semester pendek dan tak boleh daftar kolej kediaman. Esok pagi dah bukak untuk pendaftaran subjek, selalu nya aku dan kawan-kawan aku akan daftar beramai-ramai tapi memandangkan aku tak bayar yuran lagi mungkin aku daftar lambat sikit. Bagi aku kehidupan universiti ni yang paling penting ibu bapa dan kawan-kawan.
         Di sini banyak pengalaman jatuh, rapuh dan duka. Tapi mungkin orang sekeliling kita yang dapat memberi semangat untuk kita terus move on. Kebanyakan pelajar lebih cenderung luahkan masalah dengan kawan-kawan tapi mereka tak tahu sebenarnya ibu bapa lah orang yang paling memahami siapa kita sebenarnya. Ibu bapa lah yang dapat tenangkan kita. Mereka hanya mencari ibu bapa hanya bila duit dalam simpanan sudah habis dibelanjakan.


        Sebenarnya aku pun tengah serabut dengan masalah kewangan sebab tu lah aku tulis pasal yuran ni. Aku tak nak menyusahkan ibu bapa aku untuk mintak diorang duit perbelanjaan tapi insyaAllah aku akan cuba untuk berjimat sedaya mungkin. Mungkin betul kata lecturer saya "Tak perlulah ambil short sem". Perbelanjaan yang banyak hanya untuk keputusan yang teruk, untuk apa ? Aku harap aku dapat tempuh kehidupan di universiti ni dengan lebih berjimat cermat.