Aku rasa macam nak give up dah, aku rasa macam nak berhenti pengajian aku di UKM ni. Sebelum aku mulakan cerita nak bagi tahu yang ni adalah kisah benar tentang diri aku. Kenapa aku tertekan ? Semuanya disebabkan seorang lecturer di FEP yang mungkin aku tak suka. Ni bukan cerita pasal lecturer aplikasi komputer tapi lecturer aku pada semester 1 dahulu (subjek dirahsiakan).
Pada kelas pertama bersama lecturer tersebut aku rase semangat sangat sebab tu adalah antara subjek kegemaran aku. Tapi setelah belajar, aku hanya mampu bertahan 20 minit sahaja mungkin sebab cara mengajar tak menarik kot. Semakin lama aku pun mula tidak menghadiri kelas nya selang demi selang. Bukan aku sahaja yang terlibat tapi termasuk separuh lagi pelajar di kelas tersebut.
Yes, aku mengaku itu semua salah aku. Tapi kenapa lecturer tu kejam sangat sampai tak bagi apa-apa amaran. Dalam tak sedar, surat larangan masuk peperiksaan akhir sampai ke kolej ku. Ini bukan sahaja berlaku pada diri aku seorang tetapi pada classmate aku dan senior aku pada badge-badge lepas jugak. Mungkin benda nampak biasa, tapi bayangkan subjek tu wajib gred atas C- untuk lepaskan diri aku untuk dapatkan subjek yang aku minati pada tahun 2. Surat larangan tu aku dapat seminggu sebelum peperiksaan akhir. Disebabkan satu subjek, hancur study aku untuk exam subjek yang lain.
Tapi itu semua silap aku, benda dah lepas nak buat macam mana. Jadi, aku perlu lebih berusaha untuk semester yang selanjutnya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memaafkan umat nya, jadi aku juga sudah maafkan lecturer tersebut dan maafkan semua orang yang pernah berdosa dengan ku. Mengampunkan orang lain itu kan sunnah, jadi aku rasa lebih baik untuk terus move on dengan jalan yang terbaik iaitu jalan yang diredhai Allah SWT. Insha Allah....

No comments:
Post a Comment