Thursday, 5 June 2014

Change

        Sekejap je masa berlalu, tau2 dah final exam untuk semester2 aku sebagai pra-siswazah di kampus UKM Bangi ni. Tup tup dah nak habis first year aku kat sini. Yea tak lama lagi jadi senior, boleh buli junior haha. Baru satu tahun aku kat sini tapi rasa dah macam2 aku blajar dari pengalaman sepanjang aku kat UKM ni. Walaupun begitu, still banyak lagi yg perlu aku blajar dan yg perlu aku perbaiki tentang diri aku ni. Nak final exam ni pun still tak ready lagi, buat masa ni baru habis study math. Ada lagi Aplikasi Komputer, Mikro, Akaun, ngan Academic Communication. Nasib baik semester ni banyak subjek yg takde final exam, kalau tak lagi gila aku nak bahagikan masa untuk study.
        
           Mungkin tu lah yg aku cuba nak perbaiki diri aku skarang, aku masih tak matang dalam membahagikan masa. Study mid-night, malam tu bukan nye nak study dulu tapi lepak je yang lebih. Bak kata pepatah 'Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Personaliti aku yg kurang matang ni kadang membawa kepada keburukan, jadi aku membuat keputusan untuk mengubahnya kepada yang lebih baik. 




          Barrack Obama pernah berkata ' Change to a Better' yg bermaksud perubahan yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik. Bagi aku perkataan tu sangat bermakna, jika itu adalah perkara yg baik jadi apa salah nya kita nak ke arah situ ye dak ? Jadi aku harap semangat ini bukan sahaja hangat2 tahi ayam dalam diri aku ni. Insya Allah....

No comments:

Post a Comment