Wakil bagi setiap set akan bertanding pada hari jumaat depan untuk merebut tempat bagi menjadi wakil fakulti kami iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Produk dan konsep yang bakal dibentangkan oleh kami dirahsiakan kerana mungkin ada pesaing yang membaca post yang aku tulis ini. Jika diberi peluang untuk membentangkannya di pentas DECTAR, insya Allah kami akan buat yang lebih terbaik dari sebelum ini.
Dari kiri (mamu, shahir, mirul, yapin, uban, naj)
Sebenarnya cita-cita aku sendiri pun ingin membuat syarikat aku sendiri, tak kisah lah sama ada perseorangan ataupun perkongsian. Orang kata nak bukak bisnes ni kena amik risiko, takut tak berjaya dan dapat rugi. Tidak ! bagi aku 'Those are afraid of failure are afraid to learn and grow'. Dengan harapan satu hari nanti kami akan membuka dan menguruskan syarikat kami. Insya Allah....

No comments:
Post a Comment