Bila masuk matrikulasi, di situ aku kali pertama bermain squash dan salah seorang lecturer biologi di sana mengajar saya untuk bermain squash. Akhirnya tidak ku sangka walaupun sebagai seorang pemain baru dalam bidang ini, aku telah terpilih sebagai wakil matrikulasi bagi pertandingan KAKOM di mana perlawanan antara matrikulasi.
Di Malaysia, kita ada seorang pemain squash terbaik dunia seperti yang semua orang kenal iaitu Nicole David. Tetapi masalah yang dihadapi kita kini ialah sukan squash tidak dapat dimasukkan atau dipertandingkan di kejohanan Olympic. Saya memohon ramai lagi daripada kita semua yang support sukan squash supaya dapat dipertandingkan di kejohanan Olympic sekaligus menaikkan nama baik negara kita iaitu Malaysia.


No comments:
Post a Comment