Aku suka pergi camping tapi sangat tak suka bila ditinggalkan sendirian tidak mengikut ke camping bersama. Walaupun begitu, aku tumpang gembira buat rakan-rakan ku yang pergi ke Perak buat masa kini. Kelihatan mereka sangat gembira atas gambar yang dikongsi bersama di dalam group whatsapp kami.
Walaupun aku tak pergi bersama kawan-kawan aku, tapi aku tahu mereka tetap cemburu dengan aku. Mereka patut cemburu kerana assignment aku semuanya dapat disiapkan dalam masa mereka ke camping, tapi mereka tetap mempunyai assignment yang masih belum diselesaikan. Setiap jalan yang kita pilih pasti ada kebaikan nya. Just think positive...



No comments:
Post a Comment