Saturday, 10 May 2014

Teluk Anson

       Teluk Intan adalah kampung halaman aku dimana aku dibesarkan dari kecil sehingga dewasa di situ. Hari ini aku ingin menulis tentang Teluk Intan kerana aku sudah mula merasa rindu untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi tidak kesampaian atas sebab assignment dan project yang sangat banyak. Tajuk aku Teluk Anson tetapi bila aku cerita tentang Teluk Intan. Sebenarnya Teluk Anson adalah nama sebelum pemberian nama Teluk Intan dan nama Teluk Anson adalah dari nama Sir Archibald Edward Harbourd Anson dimana beliau adalah salah seorang pegawai British pada masa itu.
        Bila cakap pasal Teluk Intan kebanyakan orang mesti akan fikir pasal Menara Condong. Menara condong terkenal disebabkan ia adalah menara kedua yang tercondong di dunia selepas Menara Pisa. Hebat bukan ? Malaysia bukan sahaja mempunyai bangunan kedua tertinggi di dunia malah kedua tercondong di dunia dan ia terletak di pekan kecil yang bernama Teluk Intan.


Menara Condong, Teluk Intan.

               Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa menara ini menjadi condong. Haaa kepada yang belum pegi mai nak cerita sikit. Pada zaman dahulu Menara Condong dijadikan sebagai tangki air utama untuk kegunaan rakyat setempat. Tetapi berlaku nya banjir di Teluk Intan dan ia menjadi condong disebabkan tangki air di tingkat atas sekali yang terlalu berat dengan struktur tanah yang lembik pada waktu banjir tersebut.
               Baru-baru ini  ahli Parlimen Teluk Intan telah meninggalkan kan kita pada 5 Mei yang lepas. Nasib baik lah umur aku belum sampai 21 tahun lagi, kalau tak mesti kena ambil masa untuk balik mengundi. Teluk Intan juga terkenal dengan kediaman Raja Bomoh. Hah sial lah, aku rasa dia hanya memalukan nama Teluk Intan dengan perbuatan khurafat dia tu.

No comments:

Post a Comment