Saturday, 10 May 2014

Magiz

         Apa itu magiz ? Magiz adalah dinner tahunan bagi Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa kena mengena Magiz dengan kehidupan sunti aku ini ? Aku adalah bakal pelakon utama bagi teater yang akan dilangsungkan di Dectar untuk bahagian persembahan Magiz pada 21 May 2014 ini. Sebenarnya aku sendiri pun terpaksa untuk masuk dalam lakonan teater ini. Yelah, dengan assignment yang belambak serta akademik yang masih ketinggalan ini mestilah buat dengan tak rela.
     
          Pada mula nya kami dalam bahagian teater patut mempersembahkan lakonan ala-ala silap mata. Tetapi berlaku kesalah fahaman antara director dan pengarah persembahan sendiri. Setelah latihan lakonan yang hampir sempurna, tiba-tiba perlu diubah secara keseluruhan tema lakonan kepada yang lebih magical.

Dunia khayalan dunia impian....

     Ini adalah kali pertama aku melakonkan cerita tentang keajaiban, macam cartoon2 gitu. Tak tau lah macam mana hasil nya, harap semua orang akan terhibur dan memberikan sokongan penuh. Dengan semua masalah yang aku hadapi ini harap aku dapat membahagikan masa dengan sempurna.


No comments:

Post a Comment