Percaya atau tidak, kita ada masa 3 tahun sahaja lagi untuk bersedia atas iman kita. Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan telah mengeluarkan kenyataan Dajjal mungkin akan keluar dalam 3 tahun lagi. Allahualam. Boleh jadi ini adalah benar kerana semua bukti tentang kiamat telah ditulis didalam Al-Quran. Jika diikutkan atas ape yang telah dinyatakan oleh Ustaz Muhammad Fawwaz tahun ini seolah-olah tahun pertama daripada 3 tahun sebelum kedatangan Dajjal ke muka bumi ini. Di sebabkan isu air yang kian meruncing dengan catuan air di seluruh tempat kecuali Kolej Pendeta Zaba hihi, tahun ini dianggap sebagai tahun pertama daripada 3 tahun tersebut. Apa kata kita lihat video dibawah untuk penerangan yang lebih lanjut dari Ustaz Muhammad Fawwaz sendiri.
Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa supaya kita tidak berada di dalam golongan yang terjeratat dengan fitnah Dajjal. Sama ada kenyataan ini adalah benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Jika kenyataan ini tidak benar sekali pun kita seharusnya sentiasa terus menerus usaha atas iman kita kerana mati itu adalah pasti. Kita tak tahu mungkin hari ini dan mungkin esok kita akan mati. Segala amalan kita di dunia akan dipertimbangkan kelak. InsyaAllah kita akan meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bersama. Allahualam.....
No comments:
Post a Comment