Thursday, 1 May 2014

Bayaran Yuran Pengajian

         Alamak... yuran tak bayar lagi, kawan-kawan aku semua dah bayar. Tak bayar yuran tak boleh daftar subjek untuk semester pendek dan tak boleh daftar kolej kediaman. Esok pagi dah bukak untuk pendaftaran subjek, selalu nya aku dan kawan-kawan aku akan daftar beramai-ramai tapi memandangkan aku tak bayar yuran lagi mungkin aku daftar lambat sikit. Bagi aku kehidupan universiti ni yang paling penting ibu bapa dan kawan-kawan.
         Di sini banyak pengalaman jatuh, rapuh dan duka. Tapi mungkin orang sekeliling kita yang dapat memberi semangat untuk kita terus move on. Kebanyakan pelajar lebih cenderung luahkan masalah dengan kawan-kawan tapi mereka tak tahu sebenarnya ibu bapa lah orang yang paling memahami siapa kita sebenarnya. Ibu bapa lah yang dapat tenangkan kita. Mereka hanya mencari ibu bapa hanya bila duit dalam simpanan sudah habis dibelanjakan.


        Sebenarnya aku pun tengah serabut dengan masalah kewangan sebab tu lah aku tulis pasal yuran ni. Aku tak nak menyusahkan ibu bapa aku untuk mintak diorang duit perbelanjaan tapi insyaAllah aku akan cuba untuk berjimat sedaya mungkin. Mungkin betul kata lecturer saya "Tak perlulah ambil short sem". Perbelanjaan yang banyak hanya untuk keputusan yang teruk, untuk apa ? Aku harap aku dapat tempuh kehidupan di universiti ni dengan lebih berjimat cermat.

No comments:

Post a Comment